Wednesday, 3 July 2013

isah Sedih: Gadis Dibunuh Sahabat Sendiri..



THURSDAY, 4 APRIL 2013



allahyarham Juliana Md. Fuzi

Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!


hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
 “Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki

mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!


pusara Allahyarham

kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html

akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.

5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA





5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA-Sungai ialah laluan air tawar semulajadi yang akan terus mengalir ke arah lautan, tasik atau sungai yang lainnye. Sungai-sungai kecil juga boleh digelar anak sungai dan alur.  Pelbagai hidupan air yang hidup di dalam sungai. Ade yang boleh bagi manfaat kepada kite, ade jugak yang boleh mendatangkan bahaya kepada kite. Jom sertai Mr R teroka lima sungai yang dikatakan antara sungai paling merbahaya di dunia..
Pertama : Sungai Amazon
Sungai Amazon 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Amazon terletak di Amerika Selatan. Sungai nie bahaya sebab panjang, luas dan sunyi. Sungai nie mengalirkan 20% sumber air ke lautan seluruh dunia. Disebabkan keluasannye, sungai nie jugak digelar ‘Sungai Lautan’. Tiada sebarang jambatan yang dibina merentasi sungai nie. Apabila musim banjir, sungai nie akan menenggelamkan kawasan sekitar dan pulau-pulau yang berdekat. Sungai nie jugak terkenal dengan fenomena air pasang besar.Kat Amazon jugak ade Piranha dan Anaconda.. Memang bahaya
Kedua : Sungai Congo
Sungai Congo 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Congo dahulunye dikenali sebagai Sungai Zaire yang terletak di barat Afrika Tengah. Iamerupakan sungai yang paling produktif di dunia. Sungai nie kira-kira 2992 batu jauhnye. Sungai nie dikatakan bahaya sebab ia mengalir tenang pada mulanye dan perlahan-lahan menjadi laju sehingga korang akan dibawa ke satu kawasan yang dipanggil ‘Hell Gate’.
  ‘Hell Gate’ ialah sebuah lembah sepanjang 75 batu dan mempunyai lembah yang sangat berbahaya
Ketiga : Sungai Orinoco
Sungai Orinoco 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Orinoco merupakan sungai ketiga terpanjang di Amerika Selatan dengan 1330 batu jauhnye. Ia mengalir melalui Colombia dan Venezuela. Sungai nie melalui sebahagian besar hutan tropika dan sebahagian besarnye masih belum dapat dilalui manusia. Bermula dari Gunung Delgado Chalbaud, sungai nie mengalir tenang dan semakin laju hinggakan tak siapa berani melaluinye. Sungai nie mengalir ke Lautan Atlantik
Keempat : Sungai Yangtze
Sungai Yangtze 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang dan terbesar di China dan Asia. Panjangnye kira-kira 3964 batu dan berakhir di Laut China Selatan. Sungai nie jugak digelar ‘Golden River’. Gaung-gaung di sepanjang sungai membantu aliran air sungai nie menjadi sangat deras dan merbahaya. Ade masanye berlaku air pusar dan air sungai sangat bergelora. Disebabkan sungai nie selalu menyebabkan banjir besar, satu empangan telah dibina untuk mengatasi masalah tu. Tapi usaha tue sia-sia sebab benjir besar masih lagi berlaku
Kelima : Sungai Brahmaputra
Sungai Brahmaputra 5 SUNGAI PALING BAHAYA DAN MENYERAMKAN DI DUNIA
Sungai Brahmaputra terletak di barat daya Tibet dan mengalir melalui Tibet, China, india dan Bangladesh kira-kira 1800 batu jauhnye. Apabila salji cair di Banjaran Himalaya, aras air sungai nie akan naik mendadak dan akan menghasilkan banjir besar di persekitarannye. Sungai nie jugak selalu mengalami fenomena air pasang yang akan menenggelamkan perumahan dan ape sahaja yang berdekatan dengannye

PETUA KURANGKAN PERUT BUNCIT

Hari ni dapat sms lagi,

".....saya macam tak percaya ni tiap-tiap minggu turun 1 kg. Badan pun dah ringan, datang bulan sikit je, tak de sakit perut ke pening-pening pun takde. ......Tadi timbang 71kg dah, tapi tulah, tang perut ni susah sikit kan. Nampak buncit lagi.huhuuuu...."

Saya, kalau dapat sms macam ni, memang senyum seminggulah jawabnya. hehe.. bukan ape seronok rasanya dapat tolong orang lain jadi lebih sihat. ;)

Perut buncit memang satu masalah yang agak besar jika seseorang tu mempunyai berat badan berlebihan lebih-lebih lagi wanita selepas melahirkan dan lelaki selepas berkahwin.

perut buncit merisaukan
Punca perut buncit:

  1. kurang senaman dan aktiviti fizikal
  2. tidak banyak bergerak/ terlalu banyak duduk
  3. usia- menyebabkan fungsi otot mengurang
  4. faktor genetik/ keturunan
  5. otot perut tidak terbina
  6. pemakanan- makanan mengandungi lemak trans seperti marjerin, chip, kek, roti, makanan segera, burger, pencuci mulut, makanan terproses yang di pek/ di tinkan
Senaman dapat mengurangkan perut buncit!!

Ini mungkin kedengaran klise. Tapi ia tidak! Kalau anda mahu kurus, tapi malas bersenam, jangan pelik kalau ada bahagian badan yang tidak cantik, menggeleber dan tidak berbentuk (shape). 

Tahukah anda, sebenarnya senaman adalah satu cara yang paling efektif untuk mengurangkan kebuncitan disamping mengurangkan pengambilan kalori. Anda dah cun-cun dapat turun berat, tapi tak rajin nak bersenam, ohhh amatlah ruginya...!

Lagi satu sebab ialah, apabila bersenam, otot di bahagian perut dan abdomen akan terbina. Otot inilah sebenarnya yang akan membantu pembakaran lemak di kawasan perut itu tadi. 

Ingat lagi formula magik ni?

OTOT=METABOLISME

Sekarang, apa yang paling penting ialah motivasikan diri sendiri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30-45minit sehari.

Ok, dibawah ni salah satu senaman yang boleh diamalkan untuk kurangkan perut buncit.


 Mudah je ni kan? Amalkan setiap hari, mulakan berperingkat-peringkat iaitu 10 minit dulu ke, esoknya 20 minit dan tingkatkan masa bila dah rasa selesa..

Selamat bersenam!!!